My Add

Sunday 10 March 2013

Op Daulat diteruskan

KOTA KINABALU, SABTU, 09 Mac, 2013: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan bahawa sehingga petang ini kumpulan pengganas dari Sulu masih belum menyerah diri tanpa syarat dan Op Daulat akan diteruskan sehingga mereka tiada lagi di bumi Malaysia.

Beliau berkata, walaupun pasukan keselamatan di Lahad Datu menguasai medan tempur dengan mengecilkan kepungan dan meneruskan misi penggeledahan serta pembersihan tetapi ia tetap perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini.

''Op Daulat akan diteruskan sehingga pengganas tiada lagi di bumi Malaysia," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment