My Add

Tuesday 5 March 2013

Ops Cantas: 7 ditahan bersama sejumlah senjata

 *ROHAN Shah Ahmad (kiri) bersama pegawainya menunjukkan barang yang
 dirampas dalam OPS Cantas di Kampung Labuhan Dagang, Banting, Selangor
 sewaktu sidang akhbar di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM, ISNIN, 04 Mac, 2013: Polis menahan tujuh orang termasuk tiga wanita bersama sejumlah senjata termasuk selaras pump gun dalam serbuan Ops Cantas di sebuah rumah di Kampung Labohan Dagang, Banting, Kuala Langat dekat sini semalam.

Dalam serbuan pukul 12.30 tengah malam itu, selain pump gun, senjata lain yang ditemukan ialah pedang samurai, parang dan empat bilah pisau termasuk pisau rambo.

Turut dijumpai ialah sejumlah pasport, radio dan pemain cakera padat digital (DVD) kereta, walkie-talkie, wang tunai lebih RM1,000 dan telefon bimbit.

Difahamkan, kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan kes pemalsuan pasport, membawa masuk pendatang asing tanpa izin serta memiliki senjata secara haram dikhuatiri untuk tujuan jenayah termasuk pecah kereta dan samun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment