My Add

Sunday 24 March 2013

Pewujudan ESSCOM akan bawa manfaat seperti Rascom

KUALA LUMPUR, AHAD, 24 Mac, 2013: Pewujudan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), kawasan keselamatan khas sepanjang 1,400 kilometer di timur Sabah, akan membawa manfaat seperti Kawasan Keselamatan Rajang (Rascom) di Sarawak dalam menjamin keselamatan.

Bekas pegawai staf operasi di markas Rascom, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan berkata, penting Esscom diwujudkan kerana negara menghadapi satu keadaan diancam musuh yang mempunyai senjata, rakyat tidak selamat serta mampu menjejaskan ekonominya.

"Kita tak boleh biarkan ia (ancaman) berlaku. Saya yakin, Esscom mampu membuahkan kejayaan seperti Rascom," katanya yang yakin pembentukan Esscom nanti akan mencontohi strategi Rascom yang dibubarkan pada 6 April 1995.

Katanya, model Rascom masih relevan, strategik dan wajar diguna pakai pada abad ke-21 ini kerana negara sedang menghadapi musuh bersenjata yang menggugat keamanan negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment