My Add

Wednesday 20 March 2013

PM mahu rakyat terus sokong inisiatif diperkenalkan kerajaan

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Mac, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap agar rakyat terus menyokong inisiatif yang diperkenalkan kerajaan untuk masa depan negara yang lebih terjamin.

"Syukur Alhamdulillah, negara telah mengecapi pelbagai kejayaan sejak Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan," katanya dalam laman Facebook beliau.

Menurutnya, bagi mendapatkan kandungan penting mengenai GTP dan ETP yang diumumkan beliau di Angkasapuri hari ini, orang ramai boleh lawati laman Twitternya di www.twitter.com/NajibRazak.

Ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara, beliau berkata, sebahagian besar matlamat transformasi kerajaan yang dirancang telah berjaya dicapai dengan keadaan taraf hidup rakyat semakin baik, ekonomi negara semakin makmur manakala keadaan kewangan kerajaan terus bugar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment