My Add

Tuesday 5 March 2013

Pandang serius usaha pembangkang hapus hak istimewa orang Melayu

KUALA LUMPUR, ISNIN,  04 Mac, 2013: Usaha pemimpin pembangkang yang mahu menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu di negara ini perlu dipandang serius oleh orang Melayu sendiri.

Setiausaha Satu Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan menegaskan, orang Melayu harus sedar dan bersatu untuk mempertahankan hak mereka daripada dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu.

Bagi menjamin perkara tersebut kata beliau, langkah memperkasakan jati diri menerusi pendidikan dan agama dalam kalangan golongan tersebut perlu diberi penekanan.

''Peranan ini sepatutnya diambil oleh agensi kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan jika kita mahu rakyat bersatu menentang agenda pihak pembangkang itu.

''Semua pihak harus menentang ideologi 'kesamarataan' yang tidak berpihak kepada kaum Melayu dan bumiputera supaya ia tidak terus menular dalam masyarakat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment