My Add

Tuesday 19 March 2013

Pas membisu isu kerusi di Johor

LEDANG, ISNIN, 18 Mac, 2013:as seolah-oleh tunduk dan tidak berani menyanggah keinginan DAP untuk bertanding di 15 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor sedangkan pembahagian kerusi yang dilakukan tersebut jelas merugikan parti itu dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tanpa menyatakan sama ada bersetuju atau tidak dengan tindakan DAP itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pembahagian kerusi antara ketiga-tiga parti pembangkang di negeri ini sudah selesai.

“Kita akan bertanding dan pembahagian kerusi telah selesai dengan PKR, (kalau) hendak tahu jumlah (kerusi yang bertanding) tunggu hari penamaan calon," katanya dalam sidang akhbar selepas Ceramah Perdana Jelajah Negara Berkebajikan Negeri Johor di Kampung Sri Jaya, Serom 8 dekat sini malam tadi.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang baru-baru ini menyatakan hasrat DAP untuk bertanding di 15 kerusi Parlimen di Johor manakala 11 kerusi lagi diberikan kepada Pas dan PKR 7 kerusi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment