My Add

Wednesday 6 March 2013

Pasarkan keindahan alam semula jadi ke luar negara

SINGAPURA, RABU, 96 Mac, 2013: Pengusaha sektor pelancongan Malaysia disaran supaya memasarkan keindahan alam semula jadi negara ke peringkat antarabangsa termasuk ke republik ini bagi mengembangkan lagi sektor berkenaan seterusnya meningkatkan pendapatan negara.

Ketika membuat saranan itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Hussin Nayan berkata, setiap negeri di Malaysia mempunyai sumbar alam yang masih belum diterokai sepenuhnya untuk dijadikan antara produk pelancongan negara.

Beliau berkata, kebanyakan sumber alam semula jadi itu masih terpelihara dan ianya perlu dieksploitasi bagi menarik kedatangan pelancong termasuk dari Singapura yang mempunyai pasaran luas untuk diterokai.

"Pasaran bagi sektor pelancongan di Singapura sentiasa ada kerana persekitaran hidup mereka (yang mendesak). Malaysia merupakan negara paling dekat dan mereka tahu tentang Malaysia, justeru mereka ingin melihat apa yang boleh memberi keselesaan, kelegaan selain batu-batu (bangunan pencakar langit) yang dibangun di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis jamuan makam malam meraikan delegasi bagi menarik pelabur di Singapura dan mempromosikan sektor pelancongan negara khususnya di Kelantan, diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di sebuah hotel di sini semalam. - UTUSAN  

No comments:

Post a Comment