My Add

Friday 15 March 2013

PD, Perkep Kuching serah sumbangan

 *ROSLINA Rahman (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada
 Jabah Mingku Voon sambil diperhatikan Roslan Bek Ahmad (kanan) semasa
kunjungan ke rumah Jabah di Kampung Tebakang Bidayuh, disini, semalam.

SERIAN, KHAMIS, 14 Mac, 2013: Nasib balu dan keluarga mendiang Deputi Supritendan Michael Padel yang terkorban dalam serangan hendap pengganas di Semporna, Sabah, baru-baru ini turut mendapat perhatian warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

Hari ini, IPD itu dan Persatuan Kebajikan Polis (Perkep) Kuching menghulurkan sumbangan kepada isteri mendiang, Jabah Mingku Voon bagi membantu meringankan bebannya sekeluarga.

Sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM3,300 hasil kutipan derma kilat daripada seluruh anggota IPD Kuching itu disampaikan oleh Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad yang menziarahi Jabah di rumahnya di Kampung Bidayuh, Tebakang di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment