My Add

Tuesday 5 March 2013

Pegawai SPRM khalwat wanita Indonesia didenda

SEREMBAN, ISNIN, 04 Mac, 2013: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pasangannya, seorang wanita warga Indonesia masing-masing didenda RM1,800 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini kerana berkhalwat di sebuah rumah di Mantin dekat sini, Jumaat lalu.

Hakim Syarie, Hamizan Mohd. Nor menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Miswandi Samin, 55, dan pasangannya, Dewi Maryanti, 23, selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Terdahulu, Pendakwa Syarie, Wan Mohd. Helmi Nasran yang mengendalikan kes berkenaan memohon kes tersebut dijalankan secara tertutup dengan alasan mendapat arahan daripada pihak atasan.

Bagaimanapun, Hamizan menolak permohonan tersebut selepas Wan Mohd. Helmi gagal memberi alasan mengapa kes berkenaan perlu dijalankan secara tertutup. - UTUSAN

1 comment: