My Add

Thursday 21 March 2013

Pelajar 9A+ hadiah kejayaan untuk ibu

CYBERJAYA, KHAMIS, 21 Mac, 2013: "Saya hadiahkan keputusan cemerlang ini istimewa untuk ibu saya." Itulah kata-kata pertama yang keluar daripada calon SPM, Asma Amirah Baharudin yang memperoleh keputusan cemerlang 9A+.

Beliau yang berasal dari Nilai itu berkata, kejayaan yang diraihnya adalah berkat doa serta dorongan berterusan dari ibunya yang tidak pernah serik untuk membesarkan beliau dalam keluarga yang serba kekurangan.

Ibunya, Zuraidah Bahri, berkata walaupun bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pejabat swasta, masa dan wang ringgit yang diperolehi banyak dihabiskan untuk masa depan anak-anak.

"Dengan anak jangan sesekali berkira. Biar kita kurang serba serbi tetapi ilmu untuk anak-anak itulah yang paling penting," katanya ketika ditemui BH Online pada Majlis Pengumuman, Penyampaian Keputusan dan Tinjauan SPM 2012 di Sekolah Seri Puteri di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, calon cemerlang SPM, Fathin Kamaruzzaman, 18, berkata untuk memperoleh keputusan cemerlang, jangan sesekali mengulang kaji pada saat akhir dan melawan kata-kata guru.

"Selain itu, kita juga jangan terputus hubungan dengan Allah SWT kerana dengan izinNya, apa yang kita hajati, InsyaAllah akan dimakbulkan," katanya yang turut memperoleh 9A+. - BH

No comments:

Post a Comment