My Add

Friday 15 March 2013

Pelancongan: Dewan Perniagaan Sabah sokong TPM

SEMPORNA, KHAMIS, 14 Mac, 2013: Gabungan Dewan Perniagaan Tionghua Sabah menyokong penuh keyakinan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Sabah selamat dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara.

Presidennya, Datuk Seri Gan Sau Wah berkata, walaupun dikejutkan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai tahap keselamatan mereka.

"Pelancong tidak perlu bimbang kerana pasukan keselamatan sentiasa mengadakan rondaan dan pemantauan. Cuma apa yang dirisaukan ialah penyebaran khabar angin oleh individu tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kelmarin, Muhyiddin melahirkan keyakinan sektor pelancongan Sabah tidak akan terjejas akibat insiden pencerobohan pengganas Sulu di kawasan itu meskipun masih berlarutan sehingga kini.

Walau bagaimanapun, Sau Wah yang juga Ketua Masyarakat Cina Semporna mengakui, sektor pelancongan di daerah itu terjejas akibat kejadian tersebut terutama membabitkan pelancong tempatan.

"Kedatangan pelancong luar negara seperti dari Denmark, Australia, Taiwan dan Finland masih memberangsangkan. Mereka tidak berasa takut kerana sering melihat kehadiran pasukan polis di sekitar Semporna," katanya. - UTUSN

No comments:

Post a Comment