My Add

Saturday 9 March 2013

Pelbagai pihak teruskan bantahan terhadap Tian Chua

KUALA LUMPUR, JUMAAAT, 08 Mac, 2013: Pelbagai pihak hari ini terus mengadakan demonstrasi aman terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua di seluruh negara bagi mengecam kenyataan biadab Ahli Parlimen Batu itu dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Di ibu negara, kira-kira 400 ahli daripada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul sambil membawa sepanduk dan kain rentang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan biadab pemimpin PKR itu.

Antaranya Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Waris Malaya.

Mereka turut membuat 10 laporan polis bagi mendesak Jabatan Peguam Negara turut campur tangan melakukan siasatan ke atas Tian Chua. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment