My Add

Sunday 10 March 2013

Pembangkang berkempen tabur fitnah

LEDANG, SABTU, 09 Mac, 2013: Kempen oleh parti pembangkang terutama DAP kini semakin agresif dengan melemparkan tohmahan dan menanam rasa benci rakyat terhadap kerajaan bagi sokongan untuk Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, rakyat perlu berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan taktik kotor itu kerana ia hanya akan memecah-belahkan keharmonian kaum.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu katanya, menafikan kebaikan dan kebajikan kerajaan melalui pelbagai bentuk bantuan secara langsung atau tidak langsung antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia dan Bantuan Awal Persekolahan.

"Mereka sebut-sebut dalam kempen, kerajaan dan UMNO jahat, ambil wang rakyat. Kita sebagai kerajaan menjaga amanah yang diberi. Pembangkang menaikkan semangat benci dan tak suka kepada kerajaan, ini menimbulkan suasana tidak sihat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment