My Add

Sunday 10 March 2013

Pembangkang di AS pun tak politikkan keselamatan - PM

MELAKA, SABTU, 09 Mac, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara Amerika Syarikat (AS) walaupun mempunyai parti pembangkang namun mereka tidak sama sekali mempersoalkan atau mempolitikkan soal keselamatan negara.

Perdana Menteri berkata, berlainan dengan Malaysia apabila parti-parti pembangkang mempolitikkan usaha pasukan keselamatan yang berjuang mempertahankan keselamatan di Sabah daripada ancaman penceroboh.

"Pakatan pembangkang sanggup mempolitikkan pencerobohan puak bersenjata daripada Filipina dengan menuduh insiden di Sabah adalah sandiwara UMNO.

"Di AS walaupun ada perbezaan ideologi politik Demokrat dan Republikan tetapi mereka tak eksploitasi isu-isu keselamatan," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment