My Add

Thursday 21 March 2013

'Pembangkang dibuai angan-angan ke Putrajaya'

IPOH, RABU, 20 Mac, 2013: Pergolakan dalam pakatan pembangkang Perak yang berebut kerusi pilihan raya membuktikan para pemimpinnya terlalu dibuai angan-angan untuk mengambil alih kerajaan negeri dan Putrajaya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, disebabkan terlalu beranggapan mereka akan menang Pilihan Raya Umum Ke-13, pemimpin pembangkang masing-masing berebut hendak bertanding.

"Saya tahu mereka berbalah, begitu juga apabila Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengumumkan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering yang menyebabkan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Dr. Muhammad Nur Manuty melenting kerana perkara itu tidak dibincangkan terlebih dahulu.

''Masing-masing hendak bertanding kerana matlamatnya ialah hendak ke Putrajaya,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini - UTUSAN

No comments:

Post a Comment