My Add

Tuesday 12 March 2013

Pembangkang terus pertikai insiden di Lahad Datu

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
PULAU PINANG , ISNIN,11 Mac, 2013: Ketika seluruh rakyat negara ini bersatu memberi sokongan padu kepada anggota pasukan keselamatan negara yang sedang berjuang menentang pengganas Sulu di Sabah, pemimpin pakatan pembangkang terus mempertikaikan insiden berkenaan.

Terbaharu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin mendakwa, tindakan lambat kerajaan menyebabkan krisis berkenaan menjadi semakin teruk.

"Musuh sudah lama membuat persiapan rapi di Lahad Datu tetapi kerajaan lambat hendak bertindak.

"Kenapa lambat sangat, lebih tiga minggu masa diambil untuk membuat serangan balas," katanya pada ceramah pakatan pembangkang di Sungai Nibong Kecil di sini malam tadi.

Bagaimanapun ceramah yang turut dihadiri oleh pemimpin Pas Padang Terap, Kedah, Hamizan Amzah itu tidak mendapat sambutan apabila hanya dihadiri kira-kira 30 penyokong mereka.

Kerajaan sebelum ini menjelaskan, langkah diplomasi diambil dalam menangani insiden pencerobohan berkenaan termasuk memujuk pengganas yang diketuai oleh Azzumudie Kiram supaya menyerah diri bagi mengelakkan berlaku pertumpahan darah.

Bagaimanapun, niat baik kerajaan Malaysia tidak dihargai sebaliknya pengganas bertindak zalim dengan membunuh lapan orang anggota keselamatan negara termasuk ada yang dipenggal kepala.

Wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga berterusan menyalahkan kerajaan dengan mendakwa lambat membuat keputusan berhubung krisis berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment