My Add

Monday 18 March 2013

Pemberontak Syria tawan depot senjata di Aleppo

BEIRUT, ISNIN, 18 Mac, 2013: Pemberontak Syria dilaporkan merampas beberapa depot senjata di perkampungan di Khan Toman di Wilayah Aleppo selepas beberapa hari bertempur dengan askar rejim kerajaan.

“Pejuang pemberontak berjaya menawan tempat simpanan senjata dan bahan letupan di Khan Toman di selatan Aleppo, semalam selepas menerima tentangan lebih tiga daripada tentera rejim," kata satu sumber tentera hari ini.

Sumber itu berkata, stor yang berjaya ditawan berkenaan bagaimanapun mengandungi jumlah bahan letupan yang kecil saja kerana sebelum ini sebahagiannya sudah dipindah keluar empat bulan lalu.

Bagaimanapun, pihak pembangkang mendakwa berjaya menawan rizab senjata yang besar dan video mengenai rampasan berkenaan dimuat naik dalam internet. - AFP/BH 

No comments:

Post a Comment