My Add

Friday 22 March 2013

Pemimpin UMNO jadi 'kambing hitam'?

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Mac, 2013: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai bakal menjadikan pemimpin tertentu dalam UMNO sebagai 'kambing hitam' bagi menutup masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) ekoran pendedahan Mohd. Fareez Kamal Intidzam.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, selain pemimpin UMNO, Anwar juga dikatakan bakal menyalahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu ekoran desakan dan laporan polis yang dibuat Mohd. Fareez.

Katanya, langkah terdesak itu terpaksa dilakukan Anwar untuk menyelamatkan masa depan politik anak emasnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, kerana pendedahan Mohd. Fareez telah menyebabkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mula bertindak.

"Ibarat retak menanti belah suasana dalam PKR sekarang. Kita dapat tahu Wan Azizah, anaknya, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin sangat marah dengan Azmin dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin ekoran isu Mohd. Fareez.

"Mereka marah kerana Azmin dan Zuraida dikatakan menggunakan Mohd. Fareez untuk memperlekeh Wan Azizah secara terbuka apabila mendakwa Presiden PKR itu cemburu terhadap seorang lelaki," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, bekas Pengasas Bersama PKR, Ng Lum Yong mendakwa Azmin berada dalam 'kepanasan' disebabkan isu membabitkan Mohd. Fareez berikutan para penyokong Wan Azizah bertindak memberi tekanan hebat ke atas Timbalan Presiden PKR itu.

Baru-baru ini, Mohd. Fareez yang merupakan Setiausaha Politik kepada Zuraida dalam surat terbukanya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipetik sebagai berkata, Wan Azizah tidak layak memimpin PKR kerana beliau tidak boleh bertanding kerusi Parlimen.

Dalam pada itu, Ruslan menambah, walaupun didesak hebat oleh Wan Azizah dan penyokongnya, Azmin difahamkan tetap mengambil pendekatan tidak mahu sesiapa memberi tekanan kepada Mohd. Fareez menyebabkan Anwar terpaksa campur tangan.

"Bagi Anwar matlamat utama beliau adalah untuk meredakan konflik antara Wan Azizah dan Azmin sebelum pilihan raya umum, sebab itulah saya dimaklumkan tiada jalan lain bagi mereka kecuali menjadikan pemimpin UMNO dan Perkasa sebagai 'kambing hitam'," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment