My Add

Monday 4 March 2013

Pemuda BN pertikai syarikat RM2 diberi projek RM6.3b

PULAU PINANG, AHAD, 03 Mac, 2013: Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mempertikaikan tindakan Kerajaan DAP negeri memberikan projek pembinaan terowong bernilai RM6.3 bilion kepada syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar sebanyak RM2.

Ketua Penerangannya, H'ng Khoon Leng berkata, pihaknya terkejut dan mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjelaskan bagaimana syarikat itu yang turut mempunyai modal dibenarkan hanya sebanyak RM100,000 diberikan projek bertaraf mega tersebut.

"Kita mahu tahu apakah kriteria yang membolehkan syarikat Konsortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. ditawarkan projek ini dan siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu kepada projek ini nanti," katanya kepada pemberita di pejabat BN negeri, di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga akan membongkar keraguan berkenaan syarikat terbabit secara berperingkat kerana mendapati syarikat tersebut tiada hubung kait dengan Beijing Urban Construction Group Co. Ltd. (BUCG). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment