My Add

Sunday 24 March 2013

Penambahan aset keselamatan mampu kawal keselamatan di Lahad Datu

KLANG 24 Mac, AHAD, 24 Mac, 2013: Penambahan aset dan jumlah anggota keselamatan di Lahad Datu, Sabah mampu melindungi kawasan itu daripada dibolosi penceroboh di masa depan, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata, tindakan meletakkan kawasan itu dalam kawalan keselamatan yang ketat membolehkan semua aset keselamatan ditumpukan di sana.

Ketika menyampaikan ceramah umum bertajuk “Lahad Datu: Negara Terjajah, Aqidah Tergadai, Siapa Dalang" di sini malam tadi, Musa turut menyarankan tindakan risikan oleh pasukan penguatkuasaan dipertingkatkan di kawasan perairan Sabah bagi mengelakkan insiden pencerobohan berulang.

Katanya, semasa pasukan polis marin ditempatkan di setiap pulau di Sabah, pasukan keselamatan itu turut menjalankan risikan bagi mendapatkan maklumat mengenai penceroboh.

"Tetapi apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ditubuhkan khidmat polis marin di kawasan itu dihentikan...APMM lebih bertumpu kepada perikanan, pertanian dan sebagainya tetapi kurang dalam risikan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment