My Add

Sunday 10 March 2013

Penasihat Jamalul Kiram terima sapina NBI Filipina

MANILA, SABTU, 09 Mac, 2013: Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) Filipina, semalam mengeluarkan sapina kepada penasihat Jamalul Kiram III untuk disoal siasat berhubung konspirasi dalam krisis pencerobohan pengikut Jamalul Kiram di Sabah.

Paderi Saycon yang merupakan pakar strategi politik dan Setiausaha Agung Majlis Hal Ehwal Filipina (COPA) diarahkan supaya menemui NBI pada Selasa ini.

Sapina NBI itu ditandatangani Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perisikan, Reynaldo Esmeralda dan dihantar ke pejabat Saycon di Makati pada petang semalam.

Meskipun Saycon berkata, beliau belum membaca sapina itu, tetapi beliau memberitahu The STAR bahawa beliau dipanggil oleh NBI kerana sokongannya kepada Jamalul Kiram.

"Saya rasa sapina itu mempunyai kaitan dengan pencerobohan di Sabah kerana sebelum ini kerajaan telah mengumumkan akan mendakwa penyokong Kiram.

"Kerajaan juga sedang bersiap sedia mengeluarkan lebih banyak sapina," ujarnya.

Namun, Saycon berkata, Kiram telah melantik sekumpulan peguam untuk membantu pengikutnya yang mungkin menerima sapina dan didakwa.

Jurucakap Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani menyifatkan tindakan itu sebagai permulaan 'tindakan kekerasan' kerajaan ke atas pengikut Kiram.

Malacanang berkata, Presiden Benigno Aquino III akan memaklumkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang 'ketua kumpulan pengganas' yang terlibat dengan pencerobohan di Sabah. - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment