My Add

Tuesday 12 March 2013

Pendekar Malaysia beri amaran


 *OMARDINauju (barisan kedua, dua dari kiri) bersama ahli seni mempertahankan
 diri muay Thai selepas melancarkan Akademi Muay Thai Pulau Pinang di 
Kampung Nyior Sebatang, Tasek Gelugor, baru-baru ini.

TASEK GELUGOR, ISNIN, 11 Mac, 2013: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua diberi amaran agar lebih berhati-hati serta tidak mengeluarkan kenyataan sensitif sehingga mengguris hati banyak pihak.

Presiden Majlis Pendekar Malaysia (MPM), Tan Sri Omardin Mauju berkata, Tian Chua tidak layak menjadi warganegara Malaysia dan perlu diusir dari negara ini kerana sering bersifat celupar.

Menurutnya, kenyataan Tian Chua yang mendakwa kejadian berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah satu sandiwara UMNO adalah penghinaan kepada anggota keselamatan yang berkorban nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara daripada serangan penceroboh. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment