My Add

Monday 11 March 2013

Penduduk cerita pengganas terdesak cari makanan

LAHAD DATU, AHAD, 10 Mac, 013: Seorang penduduk Kampung Tanjung Labian memberitahu, para pengganas dari Sulu kini amat memerlukan makanan untuk meneruskan hidup selepas Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac lepas.

Rody Kunsul, 37, berkata, dia yang ditawan pengganas di Kampung Tanjung Batu pada pukul 8 pagi, tiga hari selepas Ops Daulat dilancarkan berkata, pengganas dari Sulu seramai 50 orang ketika itu berjaya menyelinap masuk ke kampung berkenaan dari Kampung Tanduo untuk lari daripada serangan balas pihak keselamatan.

"Saya yang ke Tanjung Batu untuk bekerja, tidak menyangka akan ditawan. Selepas mereka memasuki kampung, seramai 30 orang kampung yang masih ada di situ dipanggil dan ditawan di salah sebuah laman rumah di kampung berkenaan.

"Ketika itu, seorang ketua pengganas yang dikenali sebagai Haji Musa telah memberi arahan dalam bahasa Suluk dan Bajau agar kami tidak takut dan mereka ke Malaysia hanya mahu mendapatkan hak mereka ke atas sebahagian Sabah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment