My Add

Monday 11 March 2013

Penduduk lari menyelamatkan diri, wartawan cemas terserempak pengganas

LAHAD DATU, AHAD, 10 Mac, 2013: Hampir 100 penduduk Kampung Tanjung Labian di sini gempar selepas terdengar bunyi tembakan pagi ini menyebabkan mereka terpaksa lari menyelamatkan diri sehelai sepinggang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, ada antara mereka yang terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira 10 kilometer untuk ke jalan besar yang lebih selamat.

Insiden pagi ini turut mencemaskan kumpulan wartawan apabila terserempak dengan seorang pengganas Sulu ketika melakukan tinjauan di kampung itu.

Wartawan televisyen Al-Hijrah, Serieffa Mushtafa Albakry ketika menceritakan detik itu berkata, kedudukan lelaki bersenjata dan berpakaian hitam itu berada hanya kira-kira lima meter daripada mereka.

"Kami menaiki sebuah kenderaan untuk meninjau kampung tersebut kira-kira pukul 10 pagi sebelum terserempak dengan pengganas bersenjata itu di dalam semak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment