My Add

Tuesday 26 March 2013

Penempatan semula penduduk di ESSZONE hanya di kawasan terjejas 

PUTRAJAYA, ISNIN, 25 Mac, 2013: Inisiatif penempatan semula penduduk melalui Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) hanya membabitkan kawasan yang terjejas dan merbahaya, dan tidak membabitkan keseluruhan kawasan yang dinamakan melalui 10 daerah yang diumumkan.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, berkata inisitif penempatan semula penduduk lebih tertumpu kepada pendatang asing tanpa izin, orang yang tidak bernegara dan serta berkemungkinan turut membabitkan sebilangan kecil penduduk tempatan bergantung kepada lokasi mereka akan dipindahkan.

"Mereka akan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat dan kerajaan akan menyediakan tempat tinggal yang selesa serta mempertimbangkan segala aspek termasuk mata pencarian mereka yang ditempatkan semula.

"Kerajaan juga akan berunding dengan ketua daerah, ketua anak negeri serta ketua kampung sedia ada yang tinggal di kawasan penempatan semula, walaupun penempatan itu mungkin jauh tetapi kita akan berunding yang penting mereka ," katanya pada sidang media di sini sebentar tadi. - BH

No comments:

Post a Comment