My Add

Friday 8 March 2013

Pengarah syarikat penerbitan buku mengaku tidak bersalah

PETALING JAYA, KHAMIS, 07 Mac, 2013: Pengarah syarikat buku ZI Publications, Mohd, Ezra Mohd. Zaid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan pilihan menerbit, menyebar dan memiliki buku berjudul Allah, Kebebasan dan Cinta karangan Ishad Manji, tahun lalu.

Mohd. Ezra yang merupakan anak lelaki kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Saharuddin Selamat.

Mahkamah membenarkan Mohd. Ezra, 30, diikat jamin dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Mei ini untuk sebutan semula kes. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment