My Add

Thursday 21 March 2013

Pengasas Pewaris, anak bebas tuduhan bunuh

PETALING JAYA, RABU, 20 Mac, 2013: Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris Malaysia), Datuk Seri Jaafar Shaari dan anak lelakinya, Ahmad Jiwari, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tuduhan menyebabkan kematian seorang peniaga air, tahun lalu.

Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Katanya, pakar forensik telah mengesahkan kematian peniaga air, Azahari Sidek, 45, disebabkan serangan sakit jantung berikutan masalah arteri koronari mangsa yang tersumbat.

''Adalah tidak selamat bagi mahkamah mengaitkan kedua-dua tertuduh dengan kematian mangsa walaupun terdapat saksi-saksi yang memberi keterangan bahawa mereka mengecam dan nampak kedua-dua tertuduh terlibat dalam pergaduhan dengan si mati,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment