My Add

Friday 15 March 2013

Pengganas bergerak dalam kumpulan kecil, bersembunyi di kawasan paya

LAHAD DATU, KHAMIS, 14 Mac, 2013: Pengganas Sulu yang dikepung pasukan keselamatan, kini terpaksa bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil dan bersembunyi di kawasan paya berhampiran kampung.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohamad Zain berkata, saki-baki kumpulan pengganas itu dikesan di lokasi berkenaan khususnya di Kampung Sungai Nyamuk.

“Pengganas kini bergerak dalam kumpulan kecil bagi membolehkan mereka bergerak pantas," katanya dalam sidang akhbar Ops Daulat bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di sini petang ini.

Yang turut hadir, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid.

Zulkifeli memberitahu, tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas pada hari ini, bagaimanapun pihaknya masih melakukan operasi penggeledahan khususnya di Kampung Sungai Nyamuk. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment