My Add

Monday 18 March 2013

Pengganas Sulu ditembak mati

 *PASUKAN keselamatan terus melakukan rondaan di sekitar Desa Kencana
dalam usaha memburu pengganas Sulu dalam Ops Daulat, Lahad Datu,
 Sabah, semalam.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
LAHAD DATU AHAD, 17 Mac, 2013: Seorang lagi pengganas Sulu mati ditembak oleh anggota pasukan keselamatan semasa menjalankan operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu di sini hari ini.

Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata, tiada anggota keselamatan yang cedera dalam pertempuran pada kira-kira pukul 10.15 pagi itu.

"Pada pukul 9.55 pagi, pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu telah bertembung dengan musuh yang dipercayai seramai empat orang.

"Selepas itu, kita terus menjejak musuh hingga sekali lagi bertembung dan berlaku pertempuran yang menyaksikan seorang musuh terbunuh," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment