My Add

Monday 18 March 2013

Pengganas Sulu lari ke Tambisan

LAHAD DATU, AHAD, 17 Mac, 2-13: Pasukan keselamatan tidak menolak kemungkinan pengganas Sulu akan bergerak sehingga ke Kampung Tambisan iaitu kira-kira 30 kilometer dari Kampung Tanjung Batu yang sedang dijalankan operasi penggeledahan dan pembersihan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, berdasarkan kepada kepakaran kumpulan itu terhadap laluan-laluan di Gugusan Labian, ia memberi kelebihan kepada mereka untuk bergerak dengan pantas.

"Tetapi kita jangka mereka tidak akan sampai ke situ kerana di kawasan Sungai Bilis, pasukan keselamatan kita telah mengawalnya dengan ketat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Panglima 1 Divisyen, Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar.

Tambah Hamza, pada masa ini pasukan keselamatan sedang giat membersihkan Kampung Tanjung Batu dan berusaha mendominasi kampung berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment