My Add

Monday 18 March 2013

Pengganas tewas walau guna ilmu hitam

LAHAD DATU, AHAD, 17 Mac, 2013: Dakwaan menyatakan pengganas Sulu menggunakan ilmu hitam memberi cabaran besar kepada pasukan keselamatan yang bertugas di barisan hadapan dalam Ops Daulat.

Meskipun tidak dapat diterima dalam kehidupan realiti, tetapi penggunaan ilmu hitam oleh pengganas berkenaan termasuk menggunakan pelbagai tangkal tidak boleh terus ditolak.

Walau bagaimanapun, dengan menaruh keyakinan kepada Allah dan berjuang dengan ikhlas pasukan keselamatan tetap berjaya menewaskan musuh-musuh berkenaan meskipun mereka menggunakan ilmu syaitan.

Menurut sumber, usaha menggempur pengganas Sulu dalam Ops Daulat sebenarnya amat mencabar memandangkan terdapat dalam kalangan mereka mengamalkan kepercayaan karut itu.

"Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak tidak akan membuatkan pengganas itu jatuh," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment