My Add

Sunday 10 March 2013

Pengganas tidak akan serah diri

 
MANILA, SABTU, 09 Mac, 2013: Anak perempuan kepada Jamalul Kiram III hari ini berkata, pengikut mereka tidak akan menyerah diri, meskipun Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina menyatakan itu adalah satu-satunya jalan yang ada untuk menghalang lebih banyak pertumpahan darah.

Ketika bercakap kepada radio dzMM, Jaycel (gambar) berkata, kumpulan yang diketuai Azzumudie Kiram tidak akan meninggalkan Sabah, walaupun mereka kini diserang oleh pasukan keselamatan Malaysia.

"Kumpulan itu akan terus bertahan di Sabah kerana bagi mereka itu adalah satu penghormatan," katanya yang dipetik oleh abs-cbnnews.com.

Semalam, Jurucakap Hal Ehwal Luar Filipina, Raul Hernandez berkata, kumpulan pengganas yang diketuai Azzumudie Kiram itu kini tidak mempunyai pilihan lain kecuali menyerah diri selepas permintaan gencatan senjata ditolak oleh kerajaan Malaysia.

Menurut polis Malaysia, kumpulan pengganas itu juga tidak menunjukkan tanda-tanda mahu menyerah diri, menyebabkan operasi menggempur mereka diteruskan.

Hernandez turut memberi amaran bahawa, pasukan keselamatan Malaysia memutuskan untuk 'memusnahkan kumpulan pengganas itu' yang menceroboh Lahad Datu. - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment