My Add

Friday 8 March 2013

Penguatkuasaan ke atas ejen hartanah dipertingkat

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Mac, 2013: Kerajaan dengan kerjasama Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap ejen hartanah bagi menjamin keselamatan industri berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala (gambar) berkata, peraturan terhadap ejen hartanah sudah ada, namun daripada segi penguatkuasaan perlu dipertingkatkan.

"Kerajaan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) sedia mengadakan perbincangan dengan MIEA untuk menangani masalah ejen hartanah haram," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Konvensyen Tahunan Hartanah Malaysia 2013 (MAREC13), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden MIEA, Nixon Paul.

Menurut Idris, industri ejen hartanah perlu mempunyai standard tertentu yang menjadi rujukan semua pemain agar menjamin keselamatan kepada pembeli.

"Masalah standard ini berlaku bukan sahaja dalam industri hartanah sahaja malah industri lain juga.

"Daripada 6,000 standard yang digunapakai di Malaysia, hanya enam peratus sahaja mematuhi standard yang ditetapkan," jelasnya.

Sementara itu, Nixon berkata, ketika ini hanya 1,700 hingga 1,800 ejen hartanah berdaftar dan sebahagian besar yang ada di pasaran terdiri daripada ejen haram.

"Masalah ejen haram ini agak kritikal di kawasan luar Lembah Klang dan pihak MIEA sendiri telah berusaha untuk memberi pendedahan kepada orang ramai," katanya. - UTSAN

No comments:

Post a Comment