My Add

Sunday 24 March 2013

Pengundi wanita penentu kemenangan BN di Terengganu

KUALA TERENGGANU, SABTU, 23 Mac, 2013: Pengundi wanita memainkan peranan penting dan menjadi undi penentu kemenangan Barisan Nasional (BN) untuk terus kekal mentadbir Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, wanita kini dilihat sebagai penggerak utama termasuk kepada parti politik seperti BN dan UMNO.

Katanya sebahagian besar daripada pengundi wanita di negeri ini pada PRU-13 terdiri kalangan generasi muda dan pertama kali akan mengundi, namun beliau tidak menyatakan statistiknya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program perhimpunan Gagasan Inspirasi Wanita Muda peringkat negeri di Stadium Tertutup Negeri di sini hari ini.

Program anjuran Pergerakan Puteri UMNO Negeri Terengganu itu berjaya menghimpunkan lebih 4,000 peserta, yang diadakan bersempena sambutan Hari Wanita pada 8 Mac lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment