My Add

Tuesday 26 March 2013

Penubuhan dana pencen untuk kakitangan tujuh BBDS

 *SEBAHAGIAN kakitangan badan berkanun dengan penuh bersemangat mengangkat banting bertulis "I Love PM" menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan perdana bersama tujuh agensi badan berkanun yang diasingkan saraan (BBDS) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Mac, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan dana pencen khusus untuk 40,000 pegawai dan kakitangan tujuh badan berkanun yang diasingkan (BBDS) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan tiga lagi berita baik kepada mereka iaitu menerima imbuhan tetap perumahan, sagu hati persaraan dan penyelarasan caruman majikan untuk semua agensi.

Tujuh badan berkanun terbabit ialah Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment