My Add

Tuesday 19 March 2013

Penyokong pakatan pembangkang ditahan ganggu ceramah

BUKIT MERTAJAM, ISNIN, 18 Mac, 2013: Polis menahan seorang lelaki dipercayai penyokong pakatan pembangkang kerana mencetuskan provokasi dan cuba menggagalkan satu ceramah berkaitan insiden di Lahad Datu dan isu kalimah Allah di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu, Penanti malam tadi.

Lelaki itu hadir bersama lebih 60 lelaki dan wanita untuk menggagalkan ceramah bertajuk 'Di Sebalik Lahad Datu dan Kalimah Allah' yang dihadiri Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, kumpulan berkenaan turut bertindak agresif merempuh masuk ke kawasan sekolah dan membaling telur kepada kira-kira 500 hadirin selain mengeluarkan kata-kata provokasi bertujuan menghentikan ceramah tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment