My Add

Monday 4 March 2013

Perancang utama tebusan di Algeria terbunuh

N'DJAMENA, Mali , AHAD, 03 Mac, 2013: Perancang utama insiden tebusan di sebuah kompleks pemprosesan gas di Algeria, Mokhtar Belmokhtar, maut akibat ditembak tentera Chad di Mali, kata tentera Chad, semalam.

Kematian seorang daripada komander al-Qaeda yang dikehendaki itu dilihat bakal menjadi tamparan kepada kumpulan pemberontak di wilayah itu.

"Pada tengah hari 2 Mac lalu, tentera Chad yang beroperasi di utara Mali berjaya memusnahkan pangkalan pengganas.

"Mereka yang terkorban terdiri daripada beberapa orang pengganas termasuk pemimpin utama, Mokhtar Belmokhtar," kata pasukan itu menerusi kenyataan yang disiarkan melalui televisyen tempatan.

Dalam pada itu, Presiden Chad, Idriss Deby, semalam berkata, tenteranya berjaya menembak seorang mati komander al-Qaeda, Adelhamid Abou Zeid, antara 40 militan yang maut dalam operasi di kawasan Belmokhtar ditembak, di pergunungan Adrar des Ifoghas, Mali yang bersempadan dengan Algeria.

Bagaimanapun, tentera Perancis, yang menggunakan jet bagi menggempur militan di kawasan persembunyian, menolak untuk mengesahkan kematian Abou Zeid atau Belmokhtar.

Penganalisis berkata, kematian dua anggota al-Qaeda yang paling dikehendaki di kawasan padang pasir Sahara itu akan menjadi tamparan hebat buat pemberontak Mali.

"Kedua-dua lelaki itu mempunyai pengetahuan luas tentang keadaan di utara Mali dan sebahagian Sahara. Kematian mereka memberi kesan pada operasi kumpulan militan," kata penganalisis al-Qaeda, Andrew Lebovich. - REUTERS

No comments:

Post a Comment