My Add

Sunday 24 March 2013

Perdana Menteri ketengah mesej gaya hidup sihat

PUTRAJAYA, AHAD, 24 Mac, 2013: Tatkala bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin memuncak, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalih tumpuan buat seketika daripada membicarakan soal politik, untuk meluangkan masa bersantai dengan orang ramai di sini, membawa mesej mengenai amalan gaya hidup sihat.
Beliau berkata, akibat kepesatan kemajuan, gaya hidup masyarakat kontemporari rakyat Malaysia kini sudah berubah sama sekali berbanding suatu ketika dahulu, sehingga mengakibatkan negara berhadapan dengan masalah seperti obesiti, kencing manis dan darah tinggi.
"Ini bukan satu yang saya nak momokkan sahaja tapi ini realiti, doktor saya beritahu Malaysia ini ramai yang mengalami hypertension, saya ada angkanya, kalau saya sebut, menakutkan.
"Ini semua kita mesti betulkan sebab gaya hidup kita kini sudah banyak berubah," katanya semasa berucap di hadapan kira-kira 15,000 hadirin yang berhimpun seawal pukul 7 pagi untuk bersama-sama memeriahkan majlis Jom Ceria Bersama Perdana Menteri di Dataran Putrajaya di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment