My Add

Tuesday 19 March 2013

Permatang Pauh terabai cerminan isi hati Anwar - Taib Mahmud

DALAT, ISNIN, 18 Mac, 2013: Kawasan Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang yang serba daif seakan-akan Pekan Dalat pada 1970-an mencerminkan isi hati Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang langsung tidak mempedulikan kebajikan rakyat.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, situasi di kawasan tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan Anwar pernah menjadi pemimpin nombor dua negara selain turut dilantik sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun.

Keadaan itu, tambah Abdul Taib, membuktikan soal pembangunan serta kebajikan rakyat bukan agenda terpenting pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diterajui Anwar.

"Jika dia benar-benar ikhlas mahu membantu rakyat, ketika itulah masanya. Malangnya dia cuma pandai bercakap dan tempat yang kecil pun tidak dapat dimajukan, dari situ kita dapat melihat isi hati dia." katanya. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment