My Add

Monday 18 March 2013

Persenda polis, tentera 'musuh utama negara'

SANDAKAN, AHAD, 17 Mac, 2013: Rakyat yang tidak menghormati jasa pasukan keselamatan dan lebih teruk lagi mempersendakan pengorbanan suci mereka boleh dianggap sebagai musuh utama negara.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menegaskan, selain musuh luar yang bertanggungjawab membuat onar, dalang dalam negara juga perlu diperangi habis-habisan.

"Saya tidak fikir pengganas Sulu ingin menakluk Sabah hanya mengunakan kekuatan tentera, kehadiran mereka sekadar untuk membuat kecoh kerana mengetahui negara menuju ambang Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Ini bukan soal sejarah tetapi soal politik. Apabila keadaan kita lemah kerana wujudnya perpecahan, maka akan ada pihak mengambil kesempatan terhadap keadaan yang dilihat goyah ini," katanya ketika berucap dalam majlis Perhimpunan Sabah Berdaulat di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment