My Add

Friday 22 March 2013

Petronas perluas program jangkauan komuniti

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Mac, 2013:Petronas sedang memperluas program jangkauan komunitinya yang menyediakan bantuan kepada golongan miskin, Program Sentuhan Harapan Petronas, untuk meliputi tambahan 5,500 keluarga lagi di seluruh negara.

Program itu yang pertama kali dilancarkan di Sarawak pada Julai 2010, kemudian diperluas ke Pahang, melibatkan 200 keluarga miskin tegar di negeri itu sebagai penerima sumbangannya.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan Petronas, Datuk Mohammad Medan Abdullah, berkata program itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Miri.

Beliau berkata, pada asalnya ia bertujuan menjangkaui 5,000 keluarga miskin di seluruh Malaysia dengan memberikan mereka bantuan makanan bulanan sebanyak RM80 selama dua tahun.

"Peserta juga diberi latihan kursus kemahiran hidup seperti kursus asas celik kewangan, keusahawanan dan menjahit untuk membekalkan mereka pengetahuan yang boleh membantu mereka keluar daripada lingkungan kemiskinan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - BH

No comments:

Post a Comment