My Add

Wednesday 20 March 2013

Pilih kerajaan yang transformatif

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Mac, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua rakyat supaya memilih kerajaan yang transformatif, bukannya yang memusnah serta meruntuhkan masa depan mereka.

Sehubungan itu, beliau berharap agar rakyat tidak sesekali bereksperimen berhubung soal masa depan kerana amat sukar untuk bangkit dan pulih daripada kepunahan akibat pilihan yang salah.

Untuk itu beliau berkata, rakyat harus memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana telah terbukti bahawa kerajaan tersebut boleh dipercayai serta mampu mendukung harapan rakyat.

"Kerajaan ini juga sentiasa berusaha gigih mencipta masa depan yang lebih baik untuk anak-anak Malaysia. Kerajaan ini akan meneruskan dasar-dasar yang terbukti berjaya.

"Hakikatnya, kerajaan hari ini adalah yang menjunjung kesejahteraan rakyat. Salah satu contoh terbaik iltizam ini ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 1.0 dan 2.0 yang kerajaan berikan, telah sampai langsung ke tangan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan tahunan Program Transformasi Negara 2012 yang mengandungi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini malam ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri Kabinet serta Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa.

Perdana Menteri berkata, berbanding dengan pihak pembangkang, apabila bercakap ibarat lidah tidak bertulang, apabila diberi amanah pula mereka mengambil mudah.

Beliau berkata, kerajaan BN juga bukan seperti pakatan pembangkang apabila tiba musim pilihan raya keluarkan manifesto tetapi setelah menjadi kerajaan, janji-janji itu dimungkiri.

"Sudahlah manifesto yang dibuat tidak ditunaikan, diterbitkan pula janji baharu dalam bentuk Buku Jingga yang ternyata tidak dikaji dengan baik kemampuannya dan kesan kepada kewangan negara.

"Tidak cukup setakat itu, nampaknya, belum pun kering dakwat dokumen Buku Jingga, dikeluarkan pula manifesto baharu. Pucuk pangkalnya, jika janji lama dimungkiri, janji baharu yang dibuat hampir mustahil untuk ditunaikan, maka, bolehkah rakyat berpegang kepada janji-janji baharu mereka?" soalnya

Terdahulu beliau berkata, (sememangnya) saat untuk rakyat membuat pilihan tentang hala tuju negara untuk tempoh lima tahun akan datang hampir tiba.

Apa yang pasti beliau berkata, pilihan tersebut ialah tentang kebtusan- uolehpercayaan, harapan, masa depan, kelangsungan cerita kejayaan Malaysia dan janji ditepati. utusan - UTUSAN

No comments:

Post a Comment