My Add

Thursday 21 March 2013

Pilihan raya umum Pakistan 11 Mei - Asif Ali Zardari

ISLAMABAD, KHAMIS, 21 Mac, 2013: Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari semalam mengumumkan bahawa pilihan raya umum negara ini akan diadakan pada 11 Mei ini.

Jurucakap Presiden, Farhatullah berkata, pengumuman tersebut dibuat selepas 342 anggota Dewan Perhimpunan Kebangsaan bersetuju membubarkan Parlimen.

Pilihan raya tersebut bakal menyaksikan persaingan antara parti pemerintah iaitu Parti Rakyat Pakistan (PPT) dengan parti pembangkang utama, Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment