My Add

Wednesday 20 March 2013

PKR, Pas Perak terus bertelagah

BUKIT GANTANG, SELASA, 19 Mac, 2013: Pergolakan dalam pakatan pembangkang Perak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 terus memuncak selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah tindakan Pas yang didakwa 'melanggar syarat' ketika mengumumkan calonnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering.

Pengerusi PKR negeri, Muhamad Nur Manuty menegaskan, tindakan Pas mengumumkan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di kerusi itu belum muktamad kerana Pas perlu menyerahkan kerusi lain sebagai ganti.

"Memang kita tidak bersetuju kerana Pas belum memberikan kerusi lain sebagai ganti. Dahulu, memang ada dengar Pas mahu beri kerusi DUN Belanja kepada PKR, tetapi sehingga kini tidak dengar apa-apa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment