My Add

Saturday 23 March 2013

PKR Selangor tutup GiatMara

TANJONG KARANG, JUMAAT, 22 Mac, 2013: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor disifatkan cuba menggagalkan usaha pembangunan bumiputera di negeri ini kerana didakwa memberi tekanan kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, perkara itu dapat dilihat selepas kerajaan negeri mengarahkan penutupan pusat latihan kemahiran GiatMara di bawah agensi itu di Merbau Berdarah, Sabak Bernam pertengahan tahun lalu.

Beliau berkata, selain arahan penutupan pusat latihan kemahiran itu, kerajaan negeri turut meminta Mara menjelaskan tunggakan sewa bangunan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membabitkan jumlah hampir RM100,000.

Jelasnya, kerajaan negeri telah mengarahkan Mara membayar tunggakan sewa tersebut pada 2008 meskipun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum itu menafikan pernah mengeluarkan arahan tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment