My Add

Thursday 21 March 2013

PKR tidak mampu jamin masa depan rakyat

SHAH ALAM, RABU, 20 Mac, 2013: Parti Keadilan Rakyat (PKR) disifatkan sebagai parti yang tidak mampu membawa rakyat ke arah masa depan yang baik ekoran krisis dalaman serius yang melanda parti tersebut ketika ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, krisis membabitkan PKR itu difahamkan berlaku membabitkan pemimpin mereka, khususnya antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Katanya, ketidaksefahaman kedua-dua pemimpin PKR itu jelas dilihat menerusi isu saman rakyat terhadap Abdul Khalid di mahkamah ketika ini yang didakwa kurang mendapat perhatian daripada Azmin.

''Kita difahamkan, dalam isu saman tersebut, hanya Abdul Khalid sahaja yang terkial-terkial berhadapan dengan isu tersebut termasuk membuat kenyataan secara bersendirian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment