My Add

Tuesday 12 March 2013

PM akan umum butiran terperinci KKK - Musa Aman

 *MUSA Aman (dua dari kanan) berbual dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak semasa persidangan videro secara langsung pada perhimpunan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) di Dewan Konvensyen Tun Ahmad Rafaei, Menara Yayasan Sabah di Kota Kinabalu, hari ini. - UTUSAN/SITTI NOR AZIZAH TALATA
 *MUSA Aman (tengah) melancarkan Tabung Wira peringkat negeri dalam perhimpunan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Kota Kinabalu hari ini. Turut kelihatan, Sukarti Wakiman (kiri) dan Yahya Hussin (dua kanan). - UTUSAN/SITTI NOR AZIZAH TALATA

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
KOTA KINABALU, ISNIN, 11 Mac, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan butiran lanjut mengenai Kawasan Keselamatan Khas (KKK) seperti yang diumumkan beliau semasa melawat Ops Daulat di Lahad Datu dekat sini Rabu lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah (JKKNS) berkata, pelaksanaan KKK membabitkan penglibatan pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

"Mesyuarat JKKNS juga membincangkan mengenai penyelarasan bentuk bantuan kepada penduduk setempat yang terjejas ekoran pelaksanaan Ops Daulat," katanya selepas mesyuarat tersebut di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dialu-alu untuk memberikan sumbangan yang boleh disalurkan melalui pejabat Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah dengan menghubungi talian 088-488 500 (waktu pejabat) Atau 013-482 1604/013-306 0106.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan menyanjung tinggi pengorbanan pasukan keselamatan negara yang terus berjuang bagi menjamin keselamatan rakyat dan negeri Sabah khasnya serta mempertahankan kedaulatan Malaysia amnya.

"JKKNS juga mengucapkan takziah kepada anggota pasukan keselamatan yang terkorban dan berharap keluarga serta waris terlibat tabah menghadapi dugaan ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment