My Add

Monday 18 March 2013

PM lawat keluarga Allahyarham Azrul, serah bantuan RM20,000
 
 *NAJIB Razak dan isteri, Rosmah Mansor bertanya khabar dengan Sa'adiah Md Amin (kanan), ibu kepada Allahyarham Koperal Mohd. Azrul Tukiran ketika menziarahi keluarga Allahyarham di Kampung Rantau Panjang, Klang hari ini. Turut kelihatan bapa Allahyarham, Tukiran Ahmad (dua, kiri). - BERNAMA

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
KLANG, AHAD, 17 Mac, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melawat keluarga Allahyarham Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, yang terbunuh dalam insiden serangan hendap di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac lalu.

Perdana Menteri tiba di rumah Allahyarham Mohd. Azrul kira-kira pukul 5 petang ini di Kampung Rantau Panjang di sini, dengan ditemani isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri meluangkan masa kira-kira 30 minit bertanya khabar keluarga Allahyarham menerusi bapanya, Tukiran Ahmad, 65.

Dalam masa sama, Najib turut menyalurkan bantuan kepada keluarga Allahyarham berjumlah RM20,000 sumbangan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) yang ditubuhkan untuk melaksanakan aktiviti kebajikan serta bantuan kepada masyarakat khususnya rakyat Selangor tanpa mengira kaum dan agama. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment