My Add

Monday 18 March 2013

PM mahu seorang wanita lembaga pengarah dalam GLC, GLIC

Oleh THOMAS CHONG
PUTRAJAYAAHAD, 17 Mac, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan syarikat milik kerajaan (GLC), syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan sektor swasta melantik sekurang-kurangnya seorang wanita sebagai ahli lembaga pengarah.

Perdana Menteri berkata, langkah itu perlu diambil kerana transformasi negara tidak dapat dijayakan sekiranya wanita yang merupakan separuh daripada jumlah penduduk Malaysia tidak diarusperdanakan.

"Saya hendak memberi panduan kepada pemimpin GLC dan GLIC supaya mereka mengangkat sekurang-kurangnya seorang wanita dalam lembaga pengarah masing-masing.

"Ini dilakukan supaya wanita yang telah dilatih untuk menjadi ahli lembaga pengarah dapat dilantik mengisi jawatan yang ada. Saya juga menyarankan pihak swasta lain supaya memberi wanita peluang yang sama," katanya.

Beliau berucap dalam majlis 1Million Women Purple Walk yang diadakan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa di Dataran Putrajaya, di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri-menteri Kabinet; Timbalan-timbalan Menteri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment