My Add

Tuesday 12 March 2013

PM minta rakyat lihat kejayaan transformasi

 
KUALA LUMPUR, SELASA, 12 Mac, 2013: Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat melihatkan kejayaan pelbagai transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam tempoh empat tahun lalu dalam membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

“Sekiranya anda (rakyat) memberi kami mandat dalam pilihan raya umum nanti, saya berjanji akan memberikan yang lebih baik untuk tempoh lima tahun akan datang,” kata Perdana Menteri pada program `Perbualan Bersama PM’ anjuran akhbar NST yang disiarkan di TV3, malam ini.

Beliau menjawab soalan daripada hos program berkenaan, Hamdan Ahmir mengenai apakah mesej penting Perdana Menteri kepada pengundi dalam PRU-13 - BH.

No comments:

Post a Comment